Loading...

SECOND PHASE NOW READY !!
by @hadi_fayyadh
...
Namrud, seorang lelaki yang memiliki kerajaan yang hebat kerana ilmu pembinaanya. Dia berdiri di atas takhta kerajaan Babylon purba yang agung. Namun, keagungannya tercalar apabila seorang Nabi, Ibrahim A.S. tidak pernah luluh jiwanya berdepan dengan raja yang menabalkan dirinya sebagai “Tuhan Agung” .
。。。
Menakluk dunia, adalah slogan Namrud. Legasi dan pewaisnya diatur. Namrud tahu dia akan mati. Dirinya sebagai Tuhan yang dicanang, tidak mampu pun menurunkan setitik air hujan dari langit apatah lagi menentukan tarikh hayat usianya. …
。。。
Nabi Ibrahim A.S. Dibakar hidup-hidup dengan harapan tidak ada sehabuk debu dari mayat Ibrahim A.S. akan ditinggalkan. …
。。。
Namrud juga gagal membunuh Nabi Ibrahim A.S. Segala agenda yang Tuhan aturkan diluar jangkaan kemanusiaan. Namrud akhirnya terbunuh dengan seekor Nyamuk, bukan dengan bala tentera yang gagah.… :
。。。
Ada “sesuatu” yang sedang menanti di penghujung episod dirinya dan segala semesta. Dia akan menjadi pelengkap, empayar kegelapan pemusnah keimanan yang akhirnya menenggelamkan manusia di dalam penyesalan. …
。。。
Dua raja, Namrud dan Firaun, kematian mereka meninggalkan legasi yang berjalan bagai bayang-bayang dikala siang, dan angin dikala malam. Mereka disemadikan di makam purba yang menyimpan pelbagai rahsia dan rencana.
。。。
Iblis tetap berada di belakang panji kegelapan. Misinya dibawa melintasi ribuan tahun. Iblis terus berusaha memilih calon-calonnya yang bakal menjadi penyembah taat setia Dajjal saat dia memerintah dunia secara nyata.
.
.
PEMBELIAN 1 BUAH KE ATAS, FREE POSTAGE!
.
.
Dapatkan sekarang! +6011-6316 2459

2 months ago 1

9 Likes

1 Comments